Tuesday, March 25, 2008

KESAN MELETAKKAN HARTA SEBAGAI SYARAT UTAMA

Pemilihan jodoh dengan meletakkan material sebagai nombor wahid dan agama sebagai angka yang terakhir akan mengakibatkan beberapa perkara yang tragis, iaitu:

1- Menyebarluaskan lagi penyembahan material di kalangan masyarakat Islam kerana material telah dianggap sebagai lambang kebahagiaan walaupun hanya palsu semata-mata. Manakala agama pula dianggap ketinggalan zaman. Bahkan lebih dahsyat dari itu, agama dianggap sebagai puaka yang amat menakutkan dan menyeramkan. Akal fikiran mereka sentiasa dihantui dengan anggapan bahawa apabila menjadi isteri kepada lelaki yang kuat agamanya, nescaya dirinya akan terkongkong dalam lingkungan yang amat sempit sekali. Tidak boleh berhias, bergaya, bekerja dan bergiat dalam segenap lapangan. Tugasnya hanya di dapur, melahirkan dan mendidik anak-anak. Sebenarnya ini hanyalah momokan yang mereka cipta sendiri.....

Dari pengaduan-pengaduan yang didengar dan melalui pengamatan terhadap masyarakat sekeliling, didapati bukan sedikit dari kalangan wanita-wanita Islam yang menganggap bahawa mendidik dan memelihara anak adalah satu bebanan. Mereka lebih rela bekerja seberat mana sekalipun dari menjaga dan mendidik anak-anak. Perasaan kasih sayang sepenuh hati dan sifat keibuan telah ditarik oleh Allah s.w.t. dari sebahagian wanita-wanita Islam. Lihat saja! Bagaimana kes membuang anak begitu berleluasa terjadi di negara kita ini.

2- Akan menjejaskan institusi kekeluargaan sesebuah masyarakat. Penceraian mula meningkat dari hari ke hari. Di samping itu terlalu banyak rumahtangga yang sedang menanti giliran untuk runtuh.

Akibat membelakangkan akhlak ketika memilih calon, maka si isteri atau si suami menanggung derita perpanjangan. Mutakhir ini, bukan hanya suami dari kalangan orang-orang awam bahkan tokoh masyarakat, ahli politik dan pak menteri telah terjebak dengan beberapa kegiatan yang kurang sihat. Judi, rasuah, perzinaan dan sebagainya. Mengadakan hubungan dengan pelacur sudah menjadi suatu yang lumrah bagi suami-suami yang tidak beragama. Yang berpendapatan rendah akan pergi kepada pelacur-pelacur kelas bawahan. Manakala yang bergaji lumayan dan punya kedudukan yang tinggi akan menyimpan sekurang-kurangnya seorang wanita.

Si isteri pula, lebih terdedah kepada perangkap lelaki-lelaki hidung belang. Samada di majlis-majlis sosial atau di tempat kerja. Isteri orang-orang awam yang terperangkap akan dipujuk rayu di mana kesudahannya berlakulah perzinaan yang dilaknat Allah s.w.t.

Manakala isteri orang-orang berada atau ternama akan menyimpan lelaki tersebut dengan diberi habuan berupa wang atau kemudahan yang bukan sedikit nilai ringgitnya.

Antara alasan-alasan yang sering diberikan oleh isteri-isteri ini ialah mereka sering ditinggalkan oleh suami kerana urusan perniagaan, mereka tidak mendapat kepuasan seks bersama suami atau sebagainya. Namun bagi saya semuanya itu adalah alasan yang terlalu rapuh dan tidak boleh dipakai samasekali. Pada hakikatnya, kerana mereka ini telah membelakangkan agama. Seandainya orang yang beragama mengalami masalah yang sama sudah pasti mereka tidak memilih jalan dosa dan noda ini.

Sebagai contoh ialah sebuah kisah, pernah terjadi peristiwa di mana si isteri tidak mendapat kepuasan seks dari suaminya. Ramai teman-teman yang menasihati si suami agar berusaha mengatasi masalah ini samada bertemu doktor, berurut secara tradisional atau sebagainya. Namun si suami berdegil tidak mahu menurut nasihat teman-temannya. Jiwa si isteri pula terus memberontak inginkan kepuasan seks.

Apabila dilihat tidak ada perubahan, si isteri mula memilih caranya sendiri untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapinya. Dia mula mencari lelaki lain agar dapat mengisi kekosongan jiwanya. Akhirnya beberapa orang lelaki telah menidurinya termasuklah seorang rakan karib suaminya sendiri.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, begitulah dengan nasib si isteri di mana akhirnya perbuatannya itu diketahui oleh si suami. Malu bukan kepalang kerana rupanya perkara itu sudah lama menjadi buah mulut masyarakat keliling. Maka dia menceraikan isterinya. Mereka berpisah....

Apa yang dapat kita lihat pada masalah di atas, pengkhianatan terhadap suami dengan melakukan zina bersama lelaki lain adalah disebabkan oleh kurangnya agama isteri lelaki itu. Dia menyelesaikan masalah tidak mendapat kepuasan seks dengan cara yang benar-benar keji dan menjijikkan.

Sebaliknya, seandainya isteri lelaki itu merupakan seorang yang beriman dan kuat agamanya sudah tentu dia akan menyelesaikannya dengan jalan yang baik dan diredhai oleh Allah s.w.t. Berkemungkinan jika peringkat pertama, kedua dan ketiga tidak mampu mengatasi masalah ini, mereka akan bertemu kadhi untuk minta penyelesaian. Jika jalan buntu yang ditemui juga sudah tentu talak adalah cara yang terbaik.

Cuba kita perhatikan sekali lagi, natijah dari dua jalan penyelesaian yang berbeza terhadap masalah di atas adalah sama sahaja, iaitu berakhir dengan perceraian. Jika dia menyelesaikan masalah itu dengan cara mengadakan hubungan seks haram bersama lelaki lain, kemudian diketahui oleh suaminya maka dia akan diceraikan. Dan begitu juga jika dia menyelesaikannya dengan jalan yang ditunjukki oleh syariat, akhirnya dia diceraikan juga. Jika begitu mengapa memilih jalan yang kotor dan menjijikkan? Bukankah lebih baik jika dia menyelesaikannya dengan cara yang kedua? Kerana kehormatan diri dan keluarganya akan terpelihara.

3- Melahirkan keturunan yang rosak moral dan kurang agamanya. Kerana ibubapa yang baik akan mendidik anaknya ke arah kebaikan. Sebaliknya, ibubapa yang kurang agama akan mendidik anaknya ke arah yang tidak dikehendaki oleh Islam, walaupun menurut kacamatanya ia adalah kebaikan. Bahkan berkemungkinan anak tersebut akan dua kali ganda lebih buruk agamanya dari ibubapanya sendiri.

Sejak kebelakangan ini, gejala keruntuhan moral telah menjadi satu topik yang sangat hangat diperkatakan, dari golongan bawahan hinggalah ke peringkat ulamak dan tokoh politik. Semakin banyak mereka memperkatakan tentang keruntuhan moral seolah-olah ia semakin menjadi-jadi dan bertambah buruk. Tidak membawa perubahan langsung.

Penagihan dadah, kegiatan seks bebas, melawan ibubapa dan guru, mencuri dan seribu satu macam penyakit sosial lagi sedang menyerang anak-anak remaja kita yang baru berusia 13, 14 atau 15 tahun.

Bila kita lihat kepada usia, kita dapati mereka ini terlalu muda untuk didedahkan kepada perhubungan seks dan pengetahuan mengenainya. Tetapi apa yang berlaku sekarang ini, mereka sudah jauh lebih matang tentang perhubungan seks. Bukan setakat itu sahaja, bahkan mereka sudahpun berkali-kali atau seringkali melakukan hubungan seks dengan beberapa orang lelaki. Masalah kehamilan dari hubungan seks secara haram ini sudah tidak menjadi masalah bagi mereka. Kebanyakkan wanita-wanita remaja ini sentiasa membawa kondom atau pil pencegah hamil ke mana sahaja mereka pergi. Ia boleh diperolehi dengan bebas dan mudah di kedai-kedai. Bahkan menurut kajian, pasangan perempuanlah yang lebih banyak menyediakan alat cegah hamil bagi mengelak risiko kehamilan yang sudah tentu lebih banyak dibebankan kepada mereka berbanding dengan pasangan lelaki.

Selain dari beberapa faktor yang menjadi tulang belakang berlakunya keruntuhan moral sebegitu buruk sekali dalam masyarakat kita, ibubapa juga telah digembar-gemburkan sebagai faktor nombor wahid.

Pernah terjadi di salah sebuah negeri di Malaysia, satu serbuan telah dibuat oleh pihak yang berkuasa dalam usaha membenteras kegiatan maksiat yang berleluasa. Salah satu pasangan yang tertangkap adalah pasangan remaja yang masih lagi di bangku sekolah. Ketika pasangan perempuan dihantar pulang ke rumah ibubapanya, telah berlaku satu peristiwa yang memang tidak di duga. Di mana ibu perempuan tersebut telah memarahi pihak berkuasa yang menghantar anaknya itu. Ibunya berkata:

"Apa encik susah, kalau anak saya mengandungpun, saya akan dapat cucu!"

Percayakah pembaca sekelian, bahawa seorang ibu atau bapa yang hidup sentiasa membelakangkan agama mampu menarik 10 atau 20, bahkan 100 orang remaja lain yang baik tetapi tidak mempunyai ketahanan diri (iman) yang kukuh ke arah keruntuhan moral yang dikeji oleh syarak, samada keruntuhan itu dinilai sebagai sesuatu yang baik oleh masyarakat ataupun tidak. Di mana anak-anak dari pasangan ini sudah tentu tidak akan mendapat didikan yang sempurna menurut kacamata Islam. Mereka ini akan menjadi seperti parasit yang membawa wabak ke mana sahaja mereka pergi.... Siapa yang bersahabat dengannya sudah tentu akan menerima akibatnya. Paling kurangpun akan terkena percikan-percikan dari kekotoran rendah akhlaknya. Jika anak ini bersahabat dengan 10 orang, maka kesepuluh-sepuluhnya akan menerima percikan akhlak kejinya.. Begitulah seterusnya.


(0 comments at js-kit.com)

Sunday, March 23, 2008

Majlis kahwin wajar tepati syariat Islam, ikut kemampuan

SINONIM dengan musim cuti persekolahan, ramai yang mengambil kesempatan mengadakan walimah atau kenduri kahwin bagi menggambarkan kegembiraan dan kesyukuran apabila bercantum dua hati insan yang dinobatkan sebagai raja sehari dalam ikatan pernikahan.

Kemeriahan akan lebih terasa kerana sesuai dengan pengertian walimah itu sendiri yang bermaksud mengadakan suatu majlis makan yang turut mengundang sanak-saudara dan sahabat-handai sama ada dekat atau jauh untuk turut sama menyerikan majlis diadakan.

Anas bin Malik dalam hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW melaksanakan majlis kenduri kahwin dengan seekor kambing untuk isteri-isterinya dan juga untuk Zainab.

Jelas daripada mafhum hadis itu bahawa hukum mengadakan walimah atau kenduri perkahwinan adalah diharuskan oleh agama sebagai mengumumkan suatu ikatan pernikahan, tetapi hendaklah mengikut batas ditetapkan syariat Islam.

Berdasarkan pandangan Syed Sabaq dalam salah kitabnya, beliau menerangkan bahawa walimah dapat dilaksanakan ketika berlangsungnya akan nikah atau sesudahnya. Ia juga boleh dilangsungkan pada hari perkahwinan (mencampuri isterinya) atau sesudahnya.

Hadis diriwayatkan Bukhari menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengundang sahabat Baginda untuk menghadiri majlis walimah sesudah Baginda mencampuri isterinya Zainab.

Pada kisah Abi Usaid juga didapati walimah yang dilakukan beliau iaitu Rasulullah SAW menghadirinya, Abu Usaid menghidangkan kurma yang disimpan pada malam harinya. Kurma itulah yang dihidangkan kepada tetamu lain yang datang.

Ini bermakna, walau jenis makanan apa sekalipun yang ingin dihidangkan pihak keluarga yang mengadakan walimah, itu terpulanglah kepada kemampuan mereka. Pun begitu, dalam mengadakan majlis kenduri kahwin ini, jangan mengadakannya dengan melampau batas syariat.

Antaranya menyerlah sikap ingin menunjuk-nunjuk dengan mengadakan kenduri besar-besaran, boros berbelanja hingga memberi kesan kepada keadaan kewangan kemudiannya, melakukan pembaziran dan berhutang semata-mata kerana menurut nafsu serta keinginan yang melampau.

Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya orang yang boros itulah saudara syaitan. Syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’)

Sudah menjadi budaya masyarakat, apabila golongan mewah dan kaya mengadakan kenduri kahwin, jarang sekali mendahulukan orang miskin dan kurang berada sebagai tetamu untuk meraikan majlis berkenaan.

Hal ini dijelaskan Rasulullah SAW dalam hadis diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya saja, orang fakir dan miskin tidak pula diundang untuk makan bersama.”

Dari aspek memenuhi tuntutan sebagai orang dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin pula, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika salah seorang antara kamu dijemput ke majlis perkahwinan, maka hendaklah ia mendatangi majlis itu.” (Hadis riwayat Bukhari)

Walau apapun, jika diteliti hadis berkenaan, menghadiri jemputan ke majlis kenduri kahwin adalah dituntut Islam sebagai sunat muaakad. Dalam sebuah kitab tulisan Syed al-Bari menyatakan syarat undangan yang wajib dipenuhi antara lain hendaklah meliputi perkara berikut:

- Orang yang mengundang adalah mukallaf, merdeka serta sihat pemikirannya.

- Tidak dikhususkan kepada orang kaya saja.

- Orang yang mengundang beragama Islam.

- Tidak ada kemungkaran pada majlis itu.

- Orang yang diundang tidak mengalami keuzuran syarie.

Usahlah dicemari majlis perkahwinan dengan perkara yang bercanggah syariat Islam. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, pertuturan keji dan lucah, nyanyian dan tarian melalaikan, senda gurau melampau adalah contoh beberapa situasi sering berlaku pada majlis kenduri kahwin.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Perbezaan antara majlis perkahwinan yang halal dan haram ialah adanya nyanyian dan pukul rebana.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Oleh itu, perlu kita menepati kehendak syariat Islam apabila ingin memeriahkan majlis walimah atau kenduri kahwin dengan persembahan hiburan supaya tidak tercemar dengan unsur ditegah agama dan melanggar ketertiban budaya orang Melayu.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Walimah pada hari pertama adalah suatu hal yang benar. Pada hari kedua adalah suatu perkenalan, sedangkan pada hari ketiga adalah pamer dan mencari kemasyhuran.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Sesuatu yang tersirat ingin disampaikan Baginda ialah sikap berpada-pada apabila mengadakan majlis kenduri kahwin supaya tidak dipandang serong oleh orang lain. Sentiasa bersederhana dalam melakukan apa juga kerana kesederhanaan itulah dituntut Islam.

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli


(0 comments at js-kit.com)

Wajib hadir majlis kenduri kahwin

SOALAN:

Dalam kehidupan bermasyarakat, kita selalu mendapat jemputan kenduri kahwin. Kadang-kadang dalam sehari, dua atau tiga jemputan diterima terutama pada musim cuti sekolah. Apakah hukum menghadiri kenduri kahwin?

JAWAPAN:

Dalam ajaran Islam, menghadiri majlis kenduri perkahwinan, jika dijemput, adalah satu kewajipan. Berdasarkan hadis Rasulullah, kalangan ulama menghuraikan dengan panjang lebar mengenai jenis kenduri dan hukum menghadirinya sama ada wajib, makruh, haram atau harus.

Pada umumnya, kenduri terbahagi kepada dua jenis, iaitu kenduri kahwin dan bukan kenduri kahwin seperti kenduri atau jamuan kesyukuran atau jamuan hari raya.

Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud:

"Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya."

Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya."

Berdasarkan hadis sahih itu, jelas menunjukkan bahawa menghadiri jemputan dan undangan kenduri perkahwinan hukumnya wajib.

Bagaimanapun, kalangan ulama berpendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu.

Pertama: Yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam.

Kedua: Orang yang dijemput adalah menyeluruh tanpa mengira bulu atau kedudukan, yakni tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin.

Ketiga: Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus kepada setiap orang bukan secara umum, sama ada dengan cara menemuinya, melalui kad jemputan atau melantik wakil untuk menjemputnya. Sekiranya jemputan dibuat secara umum seperti berkata atau membuat iklan menjemput penduduk sesuatu tempat itu ke majlis itu, maka tidak wajib menghadiri jemputan berkenaan.

Keempat: Pada lahirnya segala perbelanjaan untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal.

Kelima: Tidak terdapat di majlis itu orang yang menyakiti orang yang dijemput.

Keenam: Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari menari yang haram.

Ketujuh: Tidak ada jemputan yang lebih awal daripada itu.

Kelapan: Tiada sebarang keuzuran yang menghalangnya hadir.

Kesimpulannya, hukumnya wajib atas setiap orang yang mendapat jemputan ke majlis kenduri perkahwinan untuk menghadirinya jika tidak terdapat satu daripada perkara yang bercanggah dan bertentangan dengan syarat-syarat yang disebutkan.

Dengan menghadiri jemputan itu, kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim serta dapat menambah serta memupuk kemesraan, kerjasama, bantu membantu dan mengukuhkan perpaduan sesama kita.

Kalau dalam sehari ada dua tiga jemputan, seboleh-bolehnya hendaklah menghadiri jemputan itu. Kalau tidak, hendaklah hadir ke majlis jemputan yang lebih awal diterima.


(0 comments at js-kit.com)

Friday, March 21, 2008

Perawatan Payudara Selama Hamil

Saat seorang wanita hamil, terjadi perubahan-perubahan pada tubuhnya yang memang secara alamiah dipersiapkan untuk menyambut datangnya si buah hati. Perubahan-perubahan itu antara lain berat badan bertambah, perubahan pada kulit, perubahan pada payudara, dan lain-lain.

Perawatan payudara sangat penting dilakukan selama hamil sampai masa menyusui. Hal ini karena payudara merupakan satu-satunya penghasil air susu ibu (ASI) yang merupakan makanan pokok bayi yang baru lahir sehingga harus dilakukan sedini (seawal) mungkin.

Inilah kurnia Allah yang sangat besar kepada kaum wanita di mana ASI merupakan makanan paling sesuai bagi bayi, komposisinya paling lengkap, dan tidak dapat ditandingi susu formula buatan manusia.

Perawatan payudara selama hamil memiliki banyak manfaat, antara lain:

• Menjaga kebersihan payudara terutama kebersihan puting susu.
• Melenturkan dan menguatkan puting susu sehingga memudahkan bayi untuk menyusu.
• Merangsang kelenjar-kelenjar air susu sehingga produksi ASI banyak dan lancar.
• Dapat mendeteksi kelainan-kelainan payudara secara dini (peringkat awal) dan melakukan upaya untuk mengatasinya.
• Mempersiapkan mental (psikologi) ibu untuk menyusui.

Bila seorang ibu hamil tidak melakukan perawatan payudara dengan baik dan hanya melakukan perawatan menjelang melahirkan atau setelah melahirkan maka sering dijumpai kes-kes yang akan merugikan ibu dan bayi. Kes-kes yang sering terjadi antara lain:

• ASI tidak keluar. Inilah yang sering terjadi. Baru keluar setelah hari kedua atau lebih.
• Puting susu tidak menonjol sehingga bayi sulit menghisap.
• Produksi ASI sedikit sehingga tidak cukup dikonsumsi bayi.
• Infeksi pada payudara, payudara bengkak atau bernanah.
• Muncul benjolan di payudara, dan lain-lain.

Kasus-kasus tersebut insya Allah bisa dicegah dengan melakukan perawatan payudara seawal mungkin. Berikut ini perawatan payudara yang dapat dilakukan:

a. Umur kehamilan 3 bulan

Periksa puting susu untuk mengetahui apakah puting susu datar atau masuk ke dalam dengan cara memicit/mengurut dasar puting susu secara perlahan. Puting susu yang normal akan menonjol keluar.

Apabila puting susu tetap datar atau masuk kembali ke dalam payudara, maka sejak hamil 3 bulan harus dilakukan perbaikan agar bisa menonjol.

Caranya adalah dengan menggunakan kedua jari telunjuk atau ibu jari, daerah di sekitar puting susu diurut ke arah berlawanan menuju ke dasar payudara sampai semua daerah payudara. Dilakukan sehari dua kali selama 6 minit.

b. Umur kehamilan 6-9 bulan

• Kedua telapak tangan dibasahi dengan minyak kelapa.
• Puting susu sampai areola mamae (daerah sekitar puting dengan warna lebih gelap) dikompres dengan minyak kelapa selama 2-3 menit. Tujuannya untuk memperlunak kotoran atau kerak yang menempel pada puting susu sehingga mudah dibersihkan. Jangan membersihkan dengan alkohol atau yang lainnya yang bersifat iritasi kerana dapat menyebabkan puting susu lecet.
• Kedua puting susu dipegang lalu ditarik, diputar ke arah dalam dan ke arah luar (searah dan berlawanan jarum jam).
• Pangkal payudara dipegang dengan kedua tangan, lalu diurut ke arah puting susu sebanyak 30 kali sehari.
• Picit kedua areola mamae hingga keluar 1-2 tetas.
• Kedua puting susu dan sekitarnya dibersihkan dengan tuala kering dan bersih.
• Pakailah coli yang tidak ketat dan bersifat menopang payudara, jangan memakai coli yang ketat dan menekan payudara.

Itulah tips-tips perawatan payudara. Lakukan secara teratur dan sedini mungkin.

Penulis: dr. Saeful Anwar


(0 comments at js-kit.com)

Thursday, March 20, 2008

Tips Rumahtangga Bahagia

Assalammualaikum....

Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t renungkanlah tips berikut : -

1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.

Surah Al-Furqan ayat 74 :-

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."

2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :-

"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.

Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s.w.t.

4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya. Firman Allah yang bermaksud :-

"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara,isteri-isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah At Taubah, 24]

Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami, selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.

5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas,begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.

7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.

8) Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."

Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan. Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami."

Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walau bagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga.

Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diuji akan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.


(0 comments at js-kit.com)

PETUA MENGASIHI ISTERI.....

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu
sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri
mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor
telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat
sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan
pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat
orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan
semuanya.... .. sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri
atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat
untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin
menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak
ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa seperti minyak wangi, jam
atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan
kasih sayang dengan isteri.

Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita
sendiri...ubahlah sebelum terlambat. Sekian


(0 comments at js-kit.com)

Panduan kahwin bagi yg belum kahwin atau Yang nak kahwin lagi..

Ok.. sekarang nie ada yg nak dekat kahwin ataupun ramai yg ader plan nak kahwin. Sumer orang tahu lah persiapan untuk kahwin bukannyer mudah banyak persiapan yg perlu di aderkan.... ia memerlukan satu perancangan yg cukup teliti bagi dua dua blah pihak

Kekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal plan nak kahwin. Maknernyer diorang plan nak buat majlis abih tak boleh agree with each other so they bergaduh and taklah jadi kahwin.

So ader orang yg tak jadi kahwin pasal nak kahwin. Kalau kahwin mestilah nak buat majlis Walimah... untuk mereka yg tak tahu, majlis walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan di mana sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan bersamer.

Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripader memikirkan maser depan dan hala tujuan hidup bersamer selepas nikah.

Ok berikut aderlah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin berkahwin lagi.

1. Kadi : At least 6 mths b4 the proposed nikah date korang misti kener gi register kat jabatan, and biler korang gi register korang mistilah dah tahu asas kahwin yg akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book kadhi. Sorang je book.... jgn dua dua gi book plak. kos kadi : RM80++

2. Kursus rumahtangger: Kener pergi.... kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi when u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never ask for the sijil kursus.... whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus. walaupun kiter dah terer dlm bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter refresh balik aper yg telah kiter ketahui. kos kursus : around RM80 for the whole session (tengok tempat)

3. Book Mak Andam: Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak owang pompan..... pilih mak andam boleh makan tahun lamernyer. Of courselah, lelaki nak amek mak andam buat aper sey. At least six months misti nak book... later than that u might have a problem finding one..... kalau ader pun mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe. Kos : RM1200 (tengok baju aper...kalau ader baju batman atau otromen (mungkin mahal sikit)

4. Photographer: Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak korang kenerlah carik sendiri. Sekarang owang melayu dah pandai.... dah pandai amek studio, dah pandai amek outdoor. Gambar bogel je belom owang try. Kos : RM800

5. Kompang / Hadrah: Unless korang nak pakai loktang takyah panggil kompang. Kalau nak panggil at least 3 mths notice. Kos :RM300

6. Dekorasi blok dan pelamin:Sekarang sudah canggih... kolong blok diorang transform jadi macam istana Taj Mahal.... kalau tak pun jadi macam lori cina mati.... letak kacang samer kuaci sudah original beb.... tinggal nak campak kerander je kat tengah-tengah. Macam macam design macam macam pattern. Kos :RM1000

7. Tukang Masak and Khemah Kosi Meja:Tukang masak mesti ader beb... kalau takder camner owang nak makan? Lainlah kalau korang buat majlis kat Mac Donald's. Kos : RM7000 (tengok kepaler yg datang)

8. Kereta:Unless korang nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereter. (*naik basikal bleh gaks..) Kalau nak sewa, kenerlah sewa yg special punyer... Merc ke?... Jag ke?. kira yg besau punyer kereter lah. Janganlah plak badan korang besau abih sewa Kancil...... sampai besok pun takleh masok! Kos: RM300

9. DJ/Karaoke:Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan? Lazimnyer owang akan engage DJ/ Karaoke services. Ader jugak yg amek band industan, brass band. At least 6 mths mesti nak kener book. Kos :RM850 (dengan dinner sekali)

10. Berkat:Kira door gift lah. Yg biaser telur rebus owang kasi... tapi sekarang dah maju... diorang lagi kreatif... ader yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc. Kos : RM3000++

11. Miscellaneous :Perkara perkara kecik owang selalu overlook... perkara perkara kecik ginilah yg selalu membuat kocek kiter tebakar. Bender bender seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill,lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan...... Kos : RM2500 ++

TOTAL ESTIMATED COST YG KORANG KENER KLUARKAN IALAH : RM17,110

Belom termasok hantaran lagi beb.... korang pandai pandailah plus sendiri. Dari itu saper saper yg dah nak berkahwin....... SELAMAT PENGANTIN BARU!

Untuk mereka yang bakal-bakal.... yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnyer..... Zaman sekarang ni kan; hantaran makin naik harga. Maklumlah; kata dorang ikut market price. Kalau harga mas naik; naik lagi harga bakal2 bini.

Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah; sengkek lah; tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah; hai... macam-macam story lagi. Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan aje; ni semua kerja orang pompan, dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak.

Mengikut survey; sekarang paling minimum RM6000. Hantaran RM5000; RM4000 masih ada jugak; tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah; tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.

Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal. Hah... korang bacalah:-

Sebab:-

Anak pompan sorang
Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat
Anak pompan paling jambu dalam family
Anak pompan kerja high post
Anak pompan biasa pakai barang branded
Anak pompan yang tastenya... berkajang-kajang kalau disenaraikan
Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
Anak pompan yang rasa dirinya... lengkap segala-gala
Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif
Anak pompan tu pun jenis ek... semacam jer
Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):-

"Eh! Nak meniaga anak ke pe?" Kadang tu mak bapak ok jer sianak lak lebih-lebih
"Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je."
"Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
"Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lengnyek je."
"Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
"Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"
Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-

"Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member tak cerewet."
"Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."
"Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."
"Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."
"Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi."
"Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin- kahwin."
Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya :-

"Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler."
"Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."
"Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je."
"Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita ada lah."
"Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."
"Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur.Murah nah?"
Haa... tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni.

Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2.

Hati dah suka punya pasal; semua boleh aje. Cukup time badan cengkung- mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu..yg terpaksa amik personal loan.. bank rakyat... bank Islam... atau guna kredit card.. lepas kawin.. kepala lagi sewel, dok pikir nak bayar hutang, loan rumah, loan kereta, loan komputer, 'loan bini',.. tak tercapai lah maksud perkahwinan yg sepatutnya semakin memudahkan kehidupan.. dah terbalik.. jadi semakin susah.

Entahlah.... dunia... dunia... cuba renungkan ...

Penulis : Awin


(0 comments at js-kit.com)

Wednesday, March 19, 2008

Pilih pasangan hidup berakhlak mulia, beriman

ISLAM mengajar umatnya berhati-hati memilih pasangan hidup kerana hidup berumahtangga tidak hanya untuk satu atau dua tahun tetapi diniatkan sepanjang hayat.

Usaha memilih calon isteri atau suami tidak boleh dianggap mudah. Ia memerlukan waktu kerana kriteria memilih harus sesuai dengan syariat Islam. Orang yang hendak bernikah perlu memilih teman hidupnya dengan cermat.

Apabila seorang Muslim memilih pasangannya bererti dia menjadikan pasangan itu sebahagian daripada hidupnya.

Wanita yang akan menjadi isteri dalam rumah tangga akan menjadi ibu atau pendidik anaknya.

Lelaki yang menjadi suami atau pemimpin rumah tangga akan bertanggungjawab dalam hidup anak dan isteri.

Janganlah sampai menyesal terhadap pilihan pasangan selepas berumah tangga. Dalam memilih calon isteri, Islam memberikan beberapa petunjuk dan kriteria.

Satu daripada kriteria itu ialah calon isteri hendaklah memiliki dasar pendidikan agama dan berakhlak.

Sabda Rasulullah bermaksud, “Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda, “Perempuan itu dinilai kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia (Muttafaqun Alaihi).

Dalam hadis itu, dilihat bagaimana baginda menekankan pada sisi agamanya dalam memilih isteri dibanding dengan harta, keturunan, bahkan kecantikan sekalipun.

Allah berfirman bermaksud, “Jangan kamu nikahi wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak mukmin lebih baik daripada wanita musyrik walaupun ia menarik hatimu. (Surah al-Baqarah: ayat 221).

Sehubungan itu, dengan kriteria memilih calon isteri berdasarkan akhlaknya, Allah berfirman bermaksud, “Wanita keji adalah untuk lelaki keji dan lelaki untuk wanita keji dan wanita baik adalah untuk lelaki baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita baik. (surah An-Nur: Ayat 26).

Seorang wanita yang memiliki ilmu agama tentu akan berusaha dengan ilmu itu supaya menjadi wanita salihah dan taat pada Allah. Wanita salihah akan dipelihara Allah, seperti firmannya bermaksud:

“Maka wanita yang salihah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya. Oleh kerana itu Allah memelihara mereka.” (Surah An-nissa, ayat 34).

Sesungguhnya wanita solihah bagi lelaki adalah sebaik-baik perhiasan dunia. Kriteria memilih isteri yang harus diberi perhatian ialah mempunyai sifat penyayang dan dapat melahirkan banyak anak.

Dalam memilih wanita yang banyak melahirkan anak, ada beberapa perkara yang perlu diketahui iaitu:

Kesihatan fizikal dan penyakit yang menghalang kehamilan. Untuk mengetahuinya, kita mesti meminta bantuan pakar. Oleh itu, seorang wanita yang mempunyai kesihatan yang baik dan fizikal kuat biasanya mampu melahirkan banyak anak.
Di samping itu, dia dapat memikul beban rumah tangga serta menunaikan kewajipan mendidik anak serta menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik.

Melihat keadaan ibu dan saudara perempuan yang sudah bernikah. Sekiranya mereka termasuk wanita yang banyak melahirkan anak, maka biasanya wanita itu akan seperti itu juga.
Hendaklah memilih calon isteri yang masih gadis, terutama bagi lelaki bujang. Ini dimaksudkan untuk mencapai hikmah sempurna dan manfaat yang agung.
Di antara manfaat itu adalah memelihara keluarga, bukan menyusahkan kehidupan, menjurus ke dalam pelbagai masalah serta permusuhan.

Pada masa sama, ia akan mengeratkan tali cinta kasih antara suami isteri dan sekali gus memberi sepenuhnya kehalusan serta kelembutan kepada lelaki yang pertama kali melindungi, menemui dan mengenalinya.

Lain halnya dengan janda. Kadangkala daripada suami kedua, dia tidak mendapatkan kelembutan hati yang sebenarnya kerana ada perbezaan besar antara akhlak suami pertama dan suami kedua.

Mengutamakan orang jauh (dari keakraban) dalam perkahwinan. Ini dimaksudkan untuk keselamatan fizikal anak keturunan daripada penyakit yang menular atau cacat secara turun temurun.
Biasanya anak tidak tumbuh besar dan dalam keadaan lemah atau mewarisi cacat kedua orang tuanya dan penyakit nenek moyangnya.

Di samping itu, cara itu juga dapat memperluaskan pertalian kekeluargaan dan mempereratkan ikatan sosial.

Diharap kriteria dinyatakan itu dapat menjadikan panduan dan pedoman bagi lelaki khususnya, teruna yang ingin mencari pasangan hidup dan menamatkan bujang.

Kita juga mengharapkan rumah tangga yang dibina itu akan mendapat berkat, bahagia dan kekal abadi hingga ke akhir hayat.

Oleh Hashim Ahmad


(0 comments at js-kit.com)

Niat Sebelum Bernikah

Setiap pasangan yang akan berkahwin hendaklah memasang niat-niat yang baik,sesuai dengan tujuan-tujuan perkahwinan yang telah digariskan oleh Islam;antaranya:

1.Ingin meramaikan umat Islam.

Firman Allah s.w.t.bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan yang membiakkan dari kedua-duanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai.” (an-Nisa’: 1)

2.Membersihkan zuriat dalam keluarga Islam.

Firman-Nya yang bermaksud: “Dan Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis diri kamu sendiri, dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cicit, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik.Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengikari nikmat Allah?” (an-Nahl: 72)

3.Menceriakan kehidupan umat.

Seperti maksud firman Allah s.w.t.: “Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. (ar-Rum: 21)

4.Membantu menyuburkan iman.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain,mereka menyuruh membuat kebajikan dan melarang daripada berbuat kejahatan,dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta taat kepada Allah dan RasulNya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. (at-Taubah:
71)

Tujuan-tujuan sebegini wajar diteliti oleh setiap orang yang hendak berkahwin agar perkahwinan itu dibina di atas landasan yang betul dan kuat serta dikaitkan dengan kepentingan agama. Namun demikian, ini tidak bermakna Islam menafikan kepentingan peribadi dalam setiap perkahwinan. Malah di atas kepentingan peribadi itulah dibina kepentingan Islam tadi, sesuai dengan maksud beberapa hadis berikut:

1.Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Kahwinilah perempuan yang keturunan anak ramai, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah.” (Riwayat Abu Daud dan Nasa’i).

Untuk menambah bilangan umat Islam ke tahap yang membanggakan Rasulullah, mestilah dengan keinginan seks. Seorang yang berkahwin tanpa ada keinginan seks tidak akan menghasilkan zuriat, malah orang yang tidak bernafsu seks tidak dibenarkan berkahwin. Untuk mencapai kehendak Rasulullah di atas maka setiap kali melepaskan keinginan seks, niatkan untuk menambah bilangan umat yang bertaqwa.

2.Rasulullah bersabda, maksudnya: “Pilihlah tempat menyimpan air mani yang baik (isteri solehah) dan kahwinilah wanita yang sepadan.” (Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim).

Pilihan yang tepat ada kaitan dengan zuriat keturunan. Perhubungan seks dengan pasangan yang baik itu menjadikan zuriat keluarganya baik-baik juga. Sebaliknya, jika keturunan salah satu dari pasangan itu terdiri daripada orang yang pernah membuat maksiat maka kesannya akan menjalar kepada zuriatnya pula.

Rasulullah bersabda: “Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu dia enggan, maka tidurlah suami itu dalam keadaan marah kepadanya. Akibatnya malaikat turut marah kepadanya sehingga Subuh. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hubungan seks boleh menceriakan hati pasangan suami isteri. Tanpanya akan menjadikan hati pasangan menjadi gundah, menderita dan tidak tenang. Isteri perlu sedar tanpa berkahwin pun seseorang itu boleh memakai pakaian bersih,boleh makan makanan yang enak dan boleh berhibur hati, tetapi tanpa perkahwinan dia tidak boleh menyalurkan keinginan seks secara halal. Kerana
itu, hormatilah suami demi menceriakan jiwanya.

3.Rasulullah pernah juga bersabda yang menggambarkan apabila seseorang itu berkahwin menangislah para syaitan dan sembahyang orang yang berkahwin lebih pahalanya daripada mereka yang belum berkahwin.

Dengan berkahwin, seorang isteri itu akan terbela kehidupannya, terselamat kehormatannya manakala suami pula tidak akan terjebak lagi dengan dosa dan maksiat kerana semuanya ada di dalam rumahtangga mereka. Ini dengan sendirinya boleh meningkatkan iman dan taqwa masing-masing.

Begitulah antara sebab mengapa perkahwinan disyariatkan dan begitu dititikberatkan. Seorang lelaki tidak minta dirinya dikahwinkan, wanita tidak minta dirinya dilamar dan janda tidak minta diri dan anak-anaknya dibela melainkan hanya untuk kepentingan Islam. Demi mahu merebut kasih sayang, rahmat dan redha Allah sebagai jambatan selamat menuju ke hari akhirat.

“Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik.”- Ibn Majah


(0 comments at js-kit.com)

Kursus Pra Perkahwinan Islam

Pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas, saya dan Mrs Teddy berkesempatan untuk mengikuti Kursus Pra Perkahwinan Islam yang dianjurkan oleh Masjid Sultan Ismail UTM bersama-sama dengan Pusat Bimbingan Keluarga Hidayah Johor Bahru. Ianya dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

Mungkin ada di antara anda fikirkan yang kami berdua ini sudah berkahwin, tetapi yang sebenarnya, kami belum lagi berumahtangga tetapi insyaAllah kami berdua akan berusaha untuk berkahwin dan hidup bersama-sama sehingga akhir hayat kami. Tak sabarnya saya rasa.. Hik3.

Tujuan saya menulis artikel mengenai kursus pra perkahwinan ini adalah, saya ingin berkongsi dengan anda semua kenapa kita patut mengikuti kursus ini. Setiap pasangan Islam yang ingin berkahwin diwajibkan untuk menghadiri kursus ini yang diadakan selama dua hari.


Kursus ini adalah wajib dan penting kerana kita akan belajar bagaimana untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami mahupun isteri apabila sudah berumahtangga nanti. Kita juga akan belajar bagaimanakah prosedur-prosedur yang perlu kita ikuti untuk mendapatkan kebenaran untuk bernikah contohnya.

Bukannya senang nak kahwin ni. Macam-macam tanggungjawab dan perkara yang perlu kita pikul. Dan macam-macam prosedur yang perlu kita ikuti sebelum boleh menjadi seorang suami isteri yang sah.

Itu sebabnya jabatan agama mengadakan kursus perkahwinan ini untuk bakal-bakal pengantin. Bagi saya, memang patut kursus ini diwajibkan. Jadi dapatlah bakal-bakal suami isteri ini bersedia dan tahu apa yang patut dan tidak patut dilakukan apabila sudah berkahwin.

Mungkin ada dikalangan anda yang merasakan kursus ini membosankan. Ye la, dah nama pun kursus kan… Tetapi kursus yang kami ikuti ini tidak membosankan kerana penceramah-penceramah yang hadir sangat-sangat sporting dan open. Diselitkan dengan lawak jenaka dan gaya ceramah yang pelbagai menyebabkan kami semua tergelak geli hati apabila mendengar ceramah yang diberikan.

Gelak-gelak juga tetapi apa yang penting adalah isi yang cuba disampaikan kepada kita. Dalam kursus ini, kita juga akan diberitahu mengenai penceraian. Apa hak-hak yang kita akan perolehi sekiranya kita bercerai. Ramai yang tidak tahu hak mereka, dan itu menyebabkan mereka rasa tertindas. Dengan mengikuti kursus seperti inilah anda akan dapat tahu apakah yang patut dilakukan apabila sudah bercerai dan sebagainya.

Sekiranya anda belum lagi mengambil kursus kahwin ini, pergi la daftarkan diri anda secepat mungkin. Tak menyesal kalau mengikuti kursus ini (lagipun kan ia nya wajib diambil sebelum boleh bernikah). Dan sekiranya anda sudah pun mengikuti kursus ini, bila nak kahwin?


(0 comments at js-kit.com)

Wednesday, March 5, 2008

CINTA DAN PERKAHWINAN

Soalan :

Saya ditakdirkan terpikat dengan seorang jejaka muslim yang berilmu pengetahuan, dan kuat beragama dan ada padanya menurut pandangan saya semua perkara yang diidamkan oleh setiap gadis terhadap pemuda idamannya. Dia juga turut tertarik kepada saya sehinggakan kami berdua tidak terfikir untuk berkahwin dengan orang lain. Dia telah menapakkan di hati saya dan begitulah sebaliknya. Cinta dia menguasai diri saya. Saya amat mengharapkan dan bercita-cita agar dia menjadi teman hidup sepanjang usia saya.

Selepas penantian dan kesabaran dalam tempoh yang lama ini, sehingga dia menamatkan pengajian serta mendapat kedudukan dalam masyarakat dan kerajaan, datanglah saat yang sangat-sangat kami menantikan selama ini. Lalu saya berkata ; Setelah lama menunggu, dia datang kepada keluarga saya untuk meminang mengikut sunnatullah dan Rasulnya.

Pada waktu ini berlakulah kejutan, bahkan serangan hebat terhadap saya dan dia. Pinangannya ditolak oleh keluarga saya bukan kerana apa, tetapi hanya keluarganya lebih rendah kedudukannya daripada keluarga kami. Sedangkan saudara kandungnya sebelum ini pernah meminang seorang perempuan daripada keluarga yang lebih terhormat daripada keluarga kami tetapi tidak berlaku sebarang kekurangan di antara mereka dan tidak memperlihatkan sebarang penolakan.

Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan, saya tidak boleh hidup tanpa dia dan saya tidak berfikir untuk hidup pada masa akan datang dengan orang lain. Saya bersedia untuk melakukan apa sahaja kerana dia, walau nyawa sekalipun. Saya tidak kuat untuk berkorban demi itu. Sekiranya saya dipaksa berkahwin dengan orang lain, maka ini merupakan hukuman bunuh bagi saya. Kalaupun bukan kerana fizikal saya tetapi mangsanya adalah mental saya. Jadi, adakah agama kita yang suci menerima perbuatan sebegini?

Apakah ada penyelesaian bagi masalah kami dari sudut pandangan syarak yang mulia? Diharapkan mendapat penjelasan yang memberikan ketenangan kepada kami.

Jawapan :

Saya suka menegaskan perkara yang selalu saya ulangi, sesungguhnya saya tidak setuju dengan apa yang dikatakan oleh sebahagian orang pada hari ini tentang perlunya ‘bercinta sebelum kahwin’ kerana jalan ini penuh dengan bahaya dan dikelilingi oleh syak wasangka.

Kebiasaannya perkara yang dimulai dengan permulaan yang tidak baik dan tidak jujur seperti percintaan yang datang melalui jalan perbualan telefon secara semberono, yang menjadi hiburan pemuda pada masa lapang untuk menghilangkan jemu atau bermain-main sahaja. Kemudian perbuatan ini disambut baik oleh sebahagian wanita.

Hal ini biasanya berlaku tanpa pengetahuan keluarga, juga tanpa ada pilihan dan berfikir panjang sama ada daripada pemuda atau pemudi itu sendiri. Ia bermula seperti yang berlaku kepada perokok secara tiba-tiba dan berakhir dengan ketagihan, bermula dengan main-main dan berakhir dengan serius.

Selalunya perkara sedemikian membawa kepada akibat yang tidak baik kerana ia berlaku daripada pemerhatian, dalam keadaan pemuda yang nakal, penguasaan perasaan, nafsu, keinginan dan bisikan syaitan daripada kalangan jin dan manusia. Dalam situasi dan keadaan seperti ini, pemuda-pemudi tidak dapat lari daripada kesilapan kerana keduanya bukanlah malaikat atau nabi yang maksum dan terpelihara.

Lebih daripada itu, kadang-kadang percintaan di antara kedua pihak ini tidak sepadan jika dilihat dari sudut ilmu dan sosial, lalu wujudlah pemisah dan terbentanglah penghalang serta penentang yang menghalang terjalinnya perkahwinan antara mereka. Dalam keadaan ini berlakulah konflik jiwa dan berbagai masalah.

2. Saya berpandangan bahawa sebaik-baik jalan untuk menjalinkan hubungan perkahwinan ialah melalui kebiasaan yang telah dikenali oleh masyarakat Islam suatu ketika dahulu sebelum berlakunya serangan peradaban barat terhadap umat kita. Iaitu pemilihan pasangan secara tenang dan rasional daripada kedua belah pihak untuk menentukan pasangan hidupnya. Ini dilakukan selepas menyelidik dan mengkaji keperibadian kedua belah pihak, kesesuaian di antara keduanya, kemungkinan kejayaan perkahwinan dari sudut perangai, kejiwaan, pemikiran, ekonomi dan kemasyarakatan dan tidak wujud sebarang penghalang dan masalah melansungkan perkahwinan daripada kedua-dua belah pihak atau keluarga keduanya atau adat kebiasaan masyarakat dan undang-undangnya yang mesti di ambil kira dan sebagainya.

Pada waktu ini datanglah peminang melalui salurannya, menyatakan hasrat kepada keluarga perempuan, dan keduanya di beri peluang melihat sesamanya. Dan alangkah baiknya perkara ini dilakukan tanpa pengetahuan wanita itu untuk memelihara perasaannya, kerana mungkin apabila lelaki melihatnya dia tidak tertarik dan tidak meminatinya.

3. Walau bagaimanapun, saya berpendapat jika ‘ibarat pinang di belah dua’ seperti kata pepatah, ataupun bila sudah ‘jatuh cinta’ dan kedua pihak saling menyintai, dan ia termasuk dalam golongan cinta yang suci bersih seperti yang disebut oleh anak perempuan kita yang bertanya dan ia telah berlaku dalam tempoh mendatang tiba-tiba, ataupun ‘permainan ini dengan teliti dan bijak, jangan berkeras dengan pandangan mereka dan menolak peminang atas sebab yang remeh atau tanpa sebab sama sekali.

Sepatutnya mereka mendengar dengan baik perkara yang dijelaskan oleh hadis Nabi saw. yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas :


Maksudnya: “Tidak ada bandingan kasih sayang diantara dua orang yang bercinta sebagaimana kasih sayang di antara suami dan isteri.

Hadis riwayat Ibnu Majah

Maksud Rasulluah saw. ialah perkahwinan adalah jalan terbaik untuk mengubat ikatan perasaan yang telah sampai ke tahap ‘kasih’ atau ‘asyik’ di antara dua hati lelaki dan perempuan. Ini berbeza dengan amalan yang dilakukan oleh sebahagian kabilah Arab di padang pasir yang memastikan supaya terhalangnya orang yang bercinta daripada mengahwini orang yang dicintainya, terutama apabila cintanya itu diketauhi ataupun dia pernah mengungkapkan syair menggambarkan kecintaannya itu, meskipun cintanya adalah cinta yang bersih dan suci.

Sesungguhnya Islam adalah syariat yang praktikal, oleh itu ia melihat perlunya ikatan perasaan diikat dengan ikatan syariat dan undang-undang yang terbina di atasnya keluarga Islam, yang disuburi oleh cinta sebagaimana ia juga telah disuburi oleh agama.

Keluarga yang memaksakan pandangan dan memekakkan telinga daripada mendengar jeritan hati pemuda pemudi, serta mengutamakan pandangan masyarakat (yang bersifat riyak dan menunjuk-nunjuk) dan kebanggaan jahiliah dangan keturunan dan kekayaan, akhirnya akan mendatangkan kecelakaan kepada anak-anak (lelaki dan perempuan) atau menyebabkan mereka menentang adat-istiadat yang sudah ketinggalan zaman dan yang sudah menjadi ‘keturunan’ atau keutamaan pada hari ini diberikan pada ilmu, pekerjaan dan kejayaan.

Perkara yang diutamakan oleh Islam bagi lelaki atau pelamar iaitu agama dan akhlaknya yang keduanya merupakan unsur terpenting bagi keperibadian muslim. Dalam hal ini Rasulluah saw. yang mulia bersabda:


Maksudnya: “Apabila datang kepada kamu lelaki kamu redhai (sukai) akhlak dan agamanya, maka kahwinlah dia (terimalah pinangannya), sekiranya kamu menolak, akan berlakulah fitnah dan kerosakan yang merata di bumi”
Riwayat Tirmizi


(siri Fatwa Masa Kini jilid 7 & 8 Dr. Yusuf Al Qardawi)


(0 comments at js-kit.com)

Kemanisan berumahtangga

Perkahwinan menghalalkan segala yang haram sebelumnya. Ia adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh hampir setiap teruna dan dara. Saat yang penuh nikmat dan saat yang penuh debaran. Nikmat kerana hanya dengan perkahwinan, segala persoalan, batasan dan khayalan kini diungkai sepenuhnya. Dalam pada itu, perkahwinan juga menghadirkan debaran-debaran pada hati kedua mempelai tatkala diijab kabul, malam pertama dan tanggungjawab yang mendatang. Dengan sebab itu, sebelum seseorang melangkah ke jinjang pelamin, buatlah persediaan secukupnya baik dari segi ekonomi, ilmu, perasaan dan tingkah laku. Seseorang yang merancang untuk berkahwin mesti dapat menjangkakan kedudukan kewangannya selepas perkahwinan dan seterusnya selepas menimang cahaya mata.

Jangkaan-jangkaan yang perlu diambil kira ialah perbelanjaan harian, sewa rumah (jika perlu), kenderaan, pakaian, peralatan, bil, keluarga belah suami atau isteri dan banyak lagi pertimbangan luar jangkaan. Jika anda merasa berkemampuan untuk menguruskan kesemua hal-hal yang tersebut, maka selepas perkahwinan nanti, anda akan merasa lebih selesa. Jika tidak, bawalah pasangan anda berbincang bagi mendapatkan pemahaman dan keputusan agar kelak masing-masing dapat menerima kekurangan yang ada pada pasangan masing-masing.

Persediaan dari segi kesihatan juga dirasakan semakin perlu akhir-akhir ini. Sebelum berkahwin, anda perlu memastikan kesihatan anda memuaskan kerana takut kalau-kalau ia boleh mempengaruhi kesihatan pasangan dan merosakkan mahligai bahagia.

Ilmu juga memainkan peranan penting dalam menentukan kebahagiaan rumahtangga. Orang yang berilmu biasanya lebih matang cara berfikir dan bertindak, lebih sabar dalam menghadapi kerenah rumahtangga dan tidak terburu-buru membuat keputusan.

Apabila anda berkahwin, anda perlu ingat selalu bahawa insan yang dikahwini mempunyai perasaan yang berlainan daripada anda. Oleh sebab itu, jika anda dapat menyelami perasaan masing-masing, bahtera rumahtangga lebih mudah dilayari walaupun dilanda gelora. Selalulah berkomunikasi dan cuba selesaikan sebarang masalah sebelum masuk tidur.

Setelah berkahwin, anda juga perlu menjaga tingkah laku. Semua kelakuan dan tabiat yang kurang disenangi sebelum berumahtangga perlulah dibuang. Anda juga harus berkelakuan mengikut situasi kerana walaupun anda berkahwin dengannya, anda perlu ingat dia punya keluarga yang perlu dijaga perasaannya.


(0 comments at js-kit.com)